Tuesday, December 1, 2009

d'Qestina

Perfume terbaru di pasaran keluaran DE QESTINA VENTURES.Boleh didapati di dalam 4 pilihan set wangian menarik.



Perfume Oil For Women
Pink

1.Perfume oil inspired by Amor Amor, Cacharel
2.Perfume oil inspired by Ralph, Ralph Lauren
3.Perfume oil inspired by Paris Hilton, Paris Hilton

Purple

1.Perfume oil inspired by Flower, Kenzo
2.Perfume oil inspired by Miracle, Lancome
3.Perfume oil inspired by Hugo, Hugo Boss

Perfume Oil For Men
Green Box

1.Perfume oil inspired by Desire Blue, Alfred Dunhill
2.Perfume oil inspired by Acqua Dio Gio, Giorgio Armani
3.Perfume oil inspired by Extreme, Bulgari

Black Box

1.Perfume oil inspired by Desire, Alfred Dunhill
2.Perfume oil inspired by Eternity, Calvin Klein
3.Perfume oil inspired by Polo Black, Ralph Lauren

Price:
West Malaysia - RM 25*
East Malaysia - RM 28*

Berminat untuk menjadi Pengedar. Hubungi 012-5741353 (Husni)

Friday, November 20, 2009

Durian Runtuh Rakyat Kota Seputeh

Umum mengetahui bahawa satu daripada 36 kerusi dari Dewan Undangan Negeri Kedah telah diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kula Lumpur pada 16 November yang lalu.Dilihat kepada situasi sekarang, pengosongan itu mungkin terisi dengan beberapa kemungkinan.

Pertamanya, pengisian semula kerusi tersebut mungkin akan dikembalikan kepada Dato' Abu Hasan Sarif yang dihukum kerana gagal hadir persidangan DUN tanpa pengetahuan speaker DUN pada dua persidangan yang lalu.Perkara ini mungkin terjadi sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan Dato' Abu Hasan kembali menjalankan tugasnya sebagai ADUN Kota Seputeh.

Kemungkinan yang manarik dan mungkin ditunggu oleh rakyat kawasan tersebut adalah keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan dan seterusnya membawa kepada satu Pilihan Raya Kecil untuk kawasan tersebut.Jika ini berlaku, sudah pasti rakyat di kawasan Kota Seputeh adalah mendapat durian runtuh dari segi pembangunan bersesuaian dengan namanya sebagai sebuah Kota.

Walauapapun yang akan berlaku, kita mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada setiap keputusan yang bakal dibuat oleh pihak yang terlibat bagi memberi keadilan kepada semua pihak samaada rakyat mahupun wakil rakyatnya.

Semoga dengan kejadian yang berlaku ini dapat memberi pengajaran kepada semua wakil rakyat supaya lebih bertanggungjawab kepada amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Saturday, October 17, 2009

Teristimewa Buat Muhammad Hafiz Hj. Muhammad

More CONGRATS graphics

Happy Deepavali

Sambutan Deepavali di Malaysia

Selamat Menyambut Pesta Cahaya Kepada Seluruh Penganut Hindu Di Seluruh Malaysia terutamanya kepada rakan-rakan yang beragama Hindu.

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

Friday, September 25, 2009

Tuesday, September 22, 2009

Aidilfitri Suatu Kemenangan

Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa, tiba masa umat Islam menyambut hari kemenangan. Namun kemenangan yang dikecapi bukanlah suatu kemenangan yang mutlak.Kemenangan yang hakiki adalah apabila hambanya bertemu Tuhannya.

Oleh yang demikian, dalam kita merayakan Aidilfitri ini, harus ada batas dan garis panduan supaya kita tidak terleka dengan keseronokan yang melampau.Kita tidak dihalang untuk bersuka ria dihari lebaran yang mulia malah kita dituntut untuk bergembira dan turut mengembirakan orang lain yang tidak berkemampuan seperti berzakat, menderma dan bersedekah.

Berbaju baru, berjenis kuih dan hidangan sudah menjadi lumrah dalam merayakan Aidilfitri sehingga kekedang terasa seolah-olah tidak ada hari lain yang boleh kita lakukan sedemikian. Menikmati juadah seperti hendak membalas dendam tidak dapat makan disiang hari di bulan Ramadhan. Alangkah malangnya kita sekira setelah selesai musim perayaan kita telantar di hospital dek makanan yang nikmati berlebihan.

Mudah -mudahan kita tidah tergolong dalam golongan yang malang tersebut. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita adakah kita sudah atau masih tidak mengikut garis panduan yang dituntut Islam iaitu bersederhana dalam segala hal.

Renung-renungkan dan selamat beramal..............

Saturday, August 29, 2009

Indahnya Merdeka Bersama Ramadhan

Alhamdulillah, buat pertama kalinya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan di rumah bersama keluarga.Terasa seperti mengecapi suatu nikmat yang indah apabila dapat melupakan sejenak beban kerja.Berpuasa tanpa kerja bagai makan tanpa perlu bayar(makan free la).

Lagi indah apabila dapat bertadarus beramai-ramai di kampung.Seperti dapat merasa kenikmatan sebenar Ramadhan Al-Mubarak.Semua ini dapat dirasai kebetulan sambutan perayaan hari kemerdekaan yang bakal tiba pada 31 Ogos ni.

Dengan ketibaan hari kemerdekaan yang akan disambut dua hari lagi, ingin saya laungkan sorakan merdeka bersama seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara."Merdeka,Merdeka,Merdeka".Terasa seolah-olah berada bersama Al-Marhum Tunku pada tahun 1957 bersama-sama melaungkan kalimah keramat merdeka.

Bersempena dengan bulan ramadhan dan bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama berusaha memerdekakan diri kita dari menjadi hamba hawa nafsu.Mudah-mudahan kita dapat menjadi insan yang hidup berteraskan akal fikiran bukannya nafsu serakah.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52....

Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN 1430 H

More RAMADHAN graphics

Saturday, May 30, 2009

Cuti Sekolah

Sedar tak sedar, sudah cuti sekolah.Entah bila bebudak sekalah belajar pun tak tahu.Yang aku sedar cuti sekolah. Walaupun aku dah tak dapat merasa keseronokan cuti sekolah, namun aku tetap meraikan kedatangan cuti sekolah.

Dan apabila tiba cuti sekolah, maka ramailah sahabat-sahabat aku nak menamatkan zaman bujang diaorang.Tibalah masa nak pegi kenduri-kenduru kahwin yang bersusun dalam diary untuk dihadiri.Boleh lah jumpa kekawan lama yang dah lama tak jumpa.

Harap-harap dengan pergi kenduri kahwin member-member ni, boleh lah aku dapat feel ke arah menjejaki langkah kawan-kawan aku yang sudah menimang cahaya mata. Tapi entah bila pun aku tak pasti.Setahun, dua tahun, tiga tahun atau sebulan, dua bulan atau tiga bulan.

Apa-apa pun tahniah kepada kawan-kawan yang bakal menamatkan zaman bujang mereka.Yang belum macam aku ni, banyak-banyak la bersabar.Giliran kita akan tiba

Friday, May 15, 2009

Hadiah Sempena Hari Guru

Selamat Hari Guru 2009

Salam mesra untuk sekalilian guru-guru seluruh negara menjelang Hari Guru 16 Mei esok. Teristemewa buat guru-guru yang pernah mengajar di :-

Sekolah Kebangsaan Mergong
Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik

Jasa kalian dalam mendidik insan kerdil ini amat dihargai.

Tidak dilupakan buat guru-guru yang pernah bersama-sama dalam meniti liku-liku perit seorang pendidik di :-

Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium
Sekolah Kebangsaan Haji Ismail

Semoga Hari Guru dapat menjadi hari yang mengembirakan semua guru-guru..

Tuesday, May 5, 2009

Dan Apabila....

Dan apabila ada majlis kahwin, maka itu merupakan peluang untuk semua bertemu kembali. Terkenang detik-detik lalu yang mengembirakan dan tidak dapat dilupuskan dari ingatan.

Dan apabila semua bertemu, maka segala permasalahan kerja akan diluahkan kepada sahabat. Almaklumlah hendak melepaskan tension yang terbuku di kepala. Maka teman-temanlah tempat menceritakan suka duka kerja.

Dan apabila hendak berpisah, maka mulalah terasa sedih. Bukan sedih hendak berpisah, tapi sedih cuti sudah hendak habis. Maka, masing-masing muka memikir apa Bala yang bakal menimpa. Kerja yang melambak-lambak la. Bukan Bala apa..

Dan apabila sudah menjejaki tepat kerja, bermulalah era sakit kepala memikirkan beban kerja. Tapi apa hendak buat, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Kalau tidak sakit kepala, maka tidak dinamakan pekerja.

Yang paling menarik dalam episod Dan Apabila.....

Dan apabila Saf muncul di Majlis Kahwin Kiah...Macam dunia nak kiamat...
(Untuk InsanYang Memahaminya Sahaja,Yang Tidak Memahaminya, abaikan petikan di atas)

Friday, May 1, 2009

Hari Pekerja 2009

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepasa seluruh warga kerja AZAM TEKNIK SDN BHD terutama untuk warga Projek Kuala Slim - Besout.

Buat seluruh pekerja di seluruh pelusuk negara. Bekerjalah dengan semangat '1 Malaysia'.

Monday, April 13, 2009

Amanah & Harapan Rakyat

Barisan Kabinet baru telah selamat mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri.Tahniah bagi yang berjaya mengekalkan jawatan dan menduduki kerusi panas negara.

Bagi yang gagal mendapat tempat di hati PM, bersabar kerana ia bukan bererti PM tidak suka.Tetapi mungkin tanggungjawab lain yang akan diamanahkan.Walaupun tidak bertahta di hati PM bukan bererti penghujung karier.Di hati rakyat mungkin anda ada tempatnya.

Keputusan jawatan kabinet ini akan memberi impak besar kepada senario politik negara.Ini kerana pemahaman minda sebelum ini yang meletakkan jawatan dalam parti menjamin kedudukan di kabinet adalah tidak bersifat jitu.Begitu juga dengan lumrah politik yang meletakkan kemenangan dalam pilihanraya sebagai suatu titik tolak ke kabinet juga boleh diabaikan kerana profesional diri adalah utama.

Apa-apa sekalipun kedudukan anda di mata PM adalah utama.Kepercayaan yang diberikan PM kepada para menteri bukan sebagai bonus sebalik ia akan dinilai oleh KPI yang ditetapkan setiap 6 bulan.Tetapi yang lebih penting dan utama adalah penilaian rakyat setiap 5 tahun adalah penentu segalanya.



Dari kiri: Jamil Khir, Khairy dan Mukhriz
Jawatan dalam parti tidak menjamin kedudukan di kabinet.






Friday, March 20, 2009

Menjelang Majlis Konvokesyen

Assalamualaikum buat kekawan yang bakal menaiki "podium" untuk menerima ijazah. Buat yang belum lagi berpeluang diharap bersabar menanti detik mendatang yang bakal tiba.

Persiapan pasti sudah dijalankan oleh sahabat-sahabat sekalian.Majlis itu nanti pasti menjadi detik-detik bermakna buat kita semua.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan:

Sekalung Tahniah
Buat
Semua Sahabat-sahabat SAW dan
Semua Graduat UTM
Sempena
Majlis Konvokesyen
yang Ke-42
Universiti Teknologi Malaysia
Jumpa di sana.....................

Friday, February 27, 2009

Salam Kemaafan

Assalamualaikum kepada semua yang sudi melayari weblog patik ini. Lama juga patik tidak mengupdate post dalam weblog ini.Almaklumlah sekarang ni sibuk sikit dengan yang amanah yang baru diberikan kepada patik.

Untuk pengetahuan umum serta kawan-kawan patik amnya, patik sekarang sudah hampir 2 bulan bergelar jurutera dan hari ni juga gaji kedua patik akan masuk...hehehe.alhamdulillah.

Umum mengetahui, bidang Construction ni memang sedikit mencabar. Kalau hendak merasa cuti macam seorang cikgu,kirim salam la.Bak kata MUH,"Hari-hari kerja, bagai nak gila".Tapi patik ni tidak la sampai nak gila.Tapi sewel sedikit tu ada la.

Lupa nak bagaitau, patik ni sekarang berada di negeri Perak.Negeri yang yang suatu ketika seperti berada di negara jiran pula. Patik rasa pembaca tentu lebih arif dalam kemelut yang melanda negeri kediaman patik sekarang. Kesan kemelut tersebut, banyak lah kain rentang Daulat Tuanku dipelusuk negeri.Inilah sebab post ini menggunakan pengganti diri patik..



Patik Pendukung Rukun Negara dan Pelembagaan Malaysia.
Ampun Tuanku..