SEKAT: Pemain Kedah, Shafizan Hashim (kanan) menghalang kemaraan penyerang Perak, Carlos Arturo Caceres pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi. Kedah menang 2-0 dan layak ke separuh akhir dengan agregat 5-0. - Foto Muhaizan Yahya
Kedah, Selangor, Terengganu dan Johor FC melangkah ke separuh akhir
JUARA bertahan, Kedah akan bertemu Johor FC manakala Terengganu berdepan Selangor dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas semua mengatasi lawan masing-masing di suku akhir kedua, malam tadi. Di Stadium Perak, jaringan Mohd Fadzly Baharom dan Khyril Muhymeen Zambri memastikan Hijau Kuning di landasan tepat mengulangi tiga kejuaraan apabila mengatasi Perak, 2-0 untuk mara dengan agregat 5-0.
Barisan Mohd Azraai Khor Abdullah akan berdepan Johor FC apabila barisan Ramlan Rashid menyingkirkan UPB-MyTeam 5-1 selepas permainan tambahan masa untuk kemenangan agregat 6-4. Selangor turut bernasib baik menempah tempat ke separuh akhir menerusi peraturan jaringan tempat lawan walaupun seri 3-3 bertemu Polis di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan dua sepakan penalti Frank Seator termasuk satu jaringan empat minit sebelum tamat menghidupkan kempen Merah Kuning. Terengganu turut melangkah ke separuh akhir selepas berhempas pulas menyingkirkan Perlis menerusi penentuan penalti 7-6 selepas permainan sebenar dan tambahan masa gagal menyaksikan sebarang jaringan di Stadium Utama Negeri di Kangar.
Dalam saingan di Stadium Perak, Fadzly mudah menolak masuk bola muntah selepas penjaga gol Perak, Hamsani Ahmad gagal menangkap kemas cubaan penyerang Perak pada minit ke-30 sebelum Khyril memastikan gol kedua. Di Stadium JCorp Pasir Gudang, dua jaringan Mohd Saiful Sabtu dan See Kok Luen masing-masing pada minit ke-110 dan 112 memastikan Johor FC mencatat kemenangan bergaya 5-1. Sekalipun tewas 1-3 dalam suku akhir pertama, Johor FC menjinakkan barisan Bojan Hodak menerusi jaringan kencang Gustavo Fuentes pada minit ke-18 dan dua gol pantas Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-54 dan 58 manakala Sasa Brenezacs mendapatkan gol tunggal MyTeam