Sunday, May 16, 2010
Tuesday, May 11, 2010
RPH...RPH...RPH....
Bahang nak sedia RPH dah mula nak datang dah.Siang tadi nama sekolah untuk praktikum pun sudah keluar.Dalam banyak2 sekolah, aku rasa sekolah aku la yang paling sempoi sekali.Mana taknya, nama sekolah pun dah "Champion". Belum apa2 lagi..
Jumaat ni dah mula ada micro teaching.nak kena ajar subjek sains.Tak tau nak ajar topik apa.Asal pilih je, clash dengar member pulak.Ingat nak temberang bab measurement, nampak la macam ajar subjek sains ala2 mate sket.Dah clash terpaksa la amik topik "technology around us".
Kepada member2 kelas, tunggu la aku nak goreng apa dalam kelas hari jumaat ni time kelas En Manimaran.En Chin jangan expect tinggi2 sangat.kitaorang ni buka power sangat dalam mengajar. kalau present borong2 boleh la...
RPH: Rancangan Pengajaran Harian
Sekadar berkongsi cerita...
Friday, April 2, 2010
BIG Siri 104

Terima kasih kepada para tutor yang bertungkus lumus menguruskan peltih yang ditimpa musibah semasa menjalani program ini.Penghargaan tidak terhingga kepada tutor KPLI-KH, En Zainudin di atas penat lelah dalam memastikan kebajikan para pelatih terutamanya kumpulan KH.

Kepada rakan yang ditimpa musibah. Bersabarlah menghadapi segala musibah yang menimpa. Segala musibah yang berlaku adalah ujian dan harus diterima dengan hati yang redha.
Penghargaan juga kepada pihak HEP terutamanya kepada Ketua Jabatan HEP, En Ibrahim serta para jurulatih yang sama-sama memastikan segala aktiviti berjalan lancar.
Thursday, February 25, 2010
Merentas Desa 2010
Namun terdapat banyak kekurangan yang harus diperbaiki bagi memantapkan organisasi yang telah dibentuk.Pelbagai kritikan membina dan membinasa muncul dalam memajukan dan memberi imej yang baik kepada KPLI-SR Jan 2010.

Kad Jemputan Majlis Perasmian & Penutup
Apa-apa pun segala sudah hampir ke garisan permulaan acara dan penamat pengurusan organisasi.Semoga segala input dari pengurusan kejohanan ini dapat dijelmakan di dalam program mendatang.
BIG suatu singkatan keramat bagi bakal guru. Kekurangan dalam AMD 2010 akan diisi dalam BIG untuk melahirkan sebuah organisasi yang benar-benar dilihat sebagai kesatuan bakal guru KPLI-SR Jan 2010.
Saturday, February 6, 2010
100 Universiti Terbaik Dunia
Oleh WARTAWAN MSTAR
SKUDAI: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menduduki tempat pertama di kalangan institusi pengajian tinggi di negara ini dalam penarafan Institutional Repository (IR) yang dikeluarkan oleh Ranking Web of World Institutional Repositories, minggu lalu.
Naib Canselor, Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang berkata, di kalangan 400 universiti terkemuka di dunia yang disenaraikan oleh agensi itu, UTM menduduki tangga ke 89 dan merupakan satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai dalam 100 IR terbaik di dunia.
Menurutnya, IR adalah sistem yang membolehkan pengguna memuat turun maklumat ilmiah hasil penulisan staf akademik, penyelidik dan pelajar menerusi talian secara percuma.
“IR UTM mengandungi tesis sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) graduan universiti ini, artikel, jurnal, kertas kerja seminar, persidangan, buku dan penerbitan ilmiah dalam bentuk digital yang disimpan oleh perpustakaan UTM.
“UTM mula membangun sistem ini pada awal tahun 2007 dan menjadi institusi pertama di negara ini yang disenarai di dalam Registry of Open Access Repositories (ROAR),” katanya.
Beliau berkata, IR digunakan secara meluas di institusi penyelidikan dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia bagi membantu penyeldikan dan ahli akademik menyebarluaskan hasil penyelidikan mereka secara digital.
“Malahan di beberapa negara maju, kerajaan mewajibkan institusi pengajian tinggi mewujudkan IR sebagai cara untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka dengan masyarakat.
“Langkah berkenaan diperkenalkan memandangkan tidak semua anggota masyarakat berpeluang membeli dan membaca jurnal ilmiah yang diterbitkan oleh universiti,” katanya.
Zaini berkata, dalam konteks peranan universiti untuk menjana dan menyebar luaskan ilmu, IR merupakan cara yang inovatif untuk sesebuah universiti menjalankan tanggungjawab sosialnya.
“Penarafan sesebuah institusi berdasarkan IR dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai yang membabitkan melibatkan 18,000 IPT di seluruh dunia.
“Usaha ini adalah inisiatif Cybermetrics Lab sebuah kumpulan penyelidikan di bawah Consejo Superior de Investigaciones, kumpulan penyelidikan awam terbesar di Sepanyol,” katanya.
Beliau berkata, penarafan dilakukan berdasarkan empat petunjuk laman web iaitu saiz atau jumlah muka surat yang dapat dicapai enjin pencarian; Visibility, iaitu bilangan laman web luar yang merujuk kepada sesuatu IR; Rich Files, iaitu bilangan fail dalam bentuk .pdf dan Scholar, iaitu bilangan kertas kerja ilmiah yang terdapat dalam IR berkenaan.
“UTM menduduki tempat ke 39 dunia bagi kategori Scholar yang merujuk kepada banyaknya bahan ilmiah yang dikongsikan dengan masyarakat, mengalahkan ribuan IPT terkenal di dunia,” katanya.
Menurut Prof Zaini, keseluruhan repository milik universiti ternama di Amerika, Eropah dan Jepun menduduki senarai 200 terbaik berbanding beberapa buah sahaja dari Asia Tenggara. Selain UTM, repository Universiti Malaya (UM) menduduki tempat ke 372 manakala IPTA lain tidak tersenarai dalam 400 terbaik dunia.
Bahan-bahan ini boleh dicapai melaui laman web http://eprints.utm.my/