BIG siri 104 telah berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada para pelatih KPLI-SR Jan 2010 di atas penglibatan dan kerjasama dalam menjayakan BIG.

Terima kasih kepada para tutor yang bertungkus lumus menguruskan peltih yang ditimpa musibah semasa menjalani program ini.Penghargaan tidak terhingga kepada tutor KPLI-KH, En Zainudin di atas penat lelah dalam memastikan kebajikan para pelatih terutamanya kumpulan KH.

Kepada rakan yang ditimpa musibah. Bersabarlah menghadapi segala musibah yang menimpa. Segala musibah yang berlaku adalah ujian dan harus diterima dengan hati yang redha.
Penghargaan juga kepada pihak HEP terutamanya kepada Ketua Jabatan HEP, En Ibrahim serta para jurulatih yang sama-sama memastikan segala aktiviti berjalan lancar.