Friday, December 26, 2008

Apa Kesudahan

Sejak settle belajar dan sekarang sudah hampir 1 1/2 bulan aku masih lagi berstatus peladang anggur yang dikira berjaya juga. Aku sudah tidak tahan lagi memikul tugas yang amat pahit untuk diwarwarkan kepada seluruh mahasiswa.
Dulu aku rasakan bahawa mudah nuntuk mendapatkan job, almaklumlah sudah tamat belajar,degree pulak tu.Ingat macam makan nasi lah, lepas makan terus kenyang.Lepas tu,pergi melabur...Heeee..shit...najis..Harammm..
Tapi, sebenarnya susah juga hendah bergelar engineer ni.Semua bila hendak ambil jadi engineer,
soalan yang tak lupa hendak ditanya adalah pasal panglaman.Aku pun tak faham, sudah tahu aku baru habis belajar, tentu la tak ada panglaman.Tapi kalau dia sudi bagi apa-apa job kat aku baru la boleh cakap bab panglaman.
Kekadang buntu juga aku dibuatnya, tapi memikir masa depan aku, kena la juga berusah cari sampai dapat.Teringan ramai kekawan yang teruskan perjuangan sambung master rasa macam rugi pulak.Tapi bila teringan-teringan balik,malas pulak hendak sambung.Apa-apa pun, peluang master sudah tertutup dalam diri aku buat masa ni.Kena la cari apa-apa job sampai dapat,kalau tidak kena terus jadi peladang.
Harap-harap rezeki aku mudah la untuk untuk bergelar engineer yang berjaya.Aku harap adalah syarikat yang hendak menjadikan aku engineer mereka..amin...

Sunday, November 16, 2008

Harga Minyak RM2.68???

.
Berbeza dengan harga pasaran

Umum mengetahui bahawa harga minyak pada ketika ini adalah RM2.15 untuk petrol RON97 manakala RM2.05 bagi petrol RON92. Inilah harga terakhir yang diumumkan kerajaan pada 1 November 2008 lalu selepas menyaksikan beberapa siri penurunan secara berperingkat.

Walaubagaimanapun lain pula yang terjadi di salah sebuah stesen minyak di Taman Universti, Skudai, Johor. Harganya hampir mencecah harga asal kenaikan petrol pada 4 Jun 2008 iaitu RM2.70. Apakah harga ini disebabkan kesilapan meter ataupun disengajakan pengusaha stesen minyak bagi mengaut keuntungan yang tidak sepatutnya.

Persoalan ini perlu dijawab segera bagi mengelak berlaku kejadian seumpama ini yang mana ia akan menimbulkan prasangka buruk pengguna terhadap harga petrol semasa sekaligus akan mengheret kepada hilangnya kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Hal ini mungkin remeh bagi sesetengah pihak yang menganggap ia sebagai kesilapan teknikal yang mungkin tidak disengajakan. Sebaliknya, kesan perkara seumpama ini akan meragut kepercayaan pengguna kepada pengusaha stesen minyak yang lain.

Jangan kita melihat ia sebagai suatu jenaka di senja hari ataupun bualan kosong di warung-warung. Ia sebanar menunjukkkan kelemahan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam melakukan pemantauan terhadap operasi stesen minyak.

KPDNHEP sentiasa menjaga kebajikan pengusaha stesen minyak dengan melaksanakan penurunan harga minyak secara berperingkat bagi mengelak kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha.Sebaliknya ia dibalas dengan memburukkan nama baik KPDNHEP. Jika benar kejadian yang berlaku disengajakan, ia dilihat seolah-oleh mereka “memalit arang di muka” pihak KPDNHEP.

Diharap hal ini akan dijadikan suatu peringatan kepada pengusaha stesen minyak di seluruh negara bagi memastikan kredibiliti mereka tidak tercalar.

Note: Kejadian berlaku kepada penulis semasa mengisi petrol pada 15 November 2008 sekitar jam 11.45 malam.

Friday, November 7, 2008

Menanti Kelahiran


Inilah yang dinantikan oleh aku. Segala penat lelah aku selama ini telah terbayar dengan kelahiran 4 baby kembar ni. Tapi yang akan bersama aku hanya satu saja sebab yang lain bakal diberikan kepada insan-insan yang memerlukannya.


Belum apa-apa lagi satu daripada kembar-kembar ni telah diberikan kepada supervisor aku yang aku salut dan respect.Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada beliau yang banyak menyunbang kepda kelahiran baby2 kembar ni.


Dua lagi akan aku sumbangkan kepada fakulti yang banyak menyediakan facilities kepada aku.Aku bangga dengan fakulti yang bermotokan "always ahead" ni sebab ramai orang hebat-hebat datang dari sini.Diharap kelahiran baby2 ini akan menjadi penyeri dalam dunia keilmuan sains dan teknologi..

baby: my tesis

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya...
Prof Madya Dr Abdul Aziz Chik - My supervisor
Prof Madya Dr Mohd Rosli Hainin - Head of Highway Laboratory
En Suhaimi - Technician of Highway Laboratory
Mohd Yunus - My editor - myask84.blog.friendster.com

dan kepada teman-teman seperjuangan....
Akma Haryati
Mohd Hidayat
S.Shahrulman

teman pakatan G20....
Mohd Yusoff - porosityoflife.blogspot.com
Hasrul Ashraf
Badrul Nizam - bdnizam.blogspot.com
Mohd Azri - petikecil.blogspot.com
Mohd Safrizal
Mohd Hidayat
Yaser Arafat

dan seluruh warga FKA-4SAW(section03)..

Daripada,
Muhammad Husni dan Keluarga....

Saturday, November 1, 2008

Tawa Dalam Tangisan

Betul kata orang tua,"jangan terlalu seronok, nanti ada yang menangis". Sebelum ini aku fikir kata orang tua hanya dongengan atau khayalan mereka untuk menakutkan kita sahaja. Rupanya ia lebih dari itu. Pengalaman mereka yang mengiakan ungkapan mereka itu.Mana tidaknya, makan garam lebih dulu dari kita. sebab tu kena darah tinggi...(ops sorry).Apa-apa pun kata-kata mereka perlu dijadikan panduan dan pedoman untuk kita.

Apa yang aku repekan di atas adalah disebabkan tragedi yang meninpa aku pada baru-baru ini. Mungkin tidak semua yang tahu, tapi kalau yang pergi parti BBQ kelas aku malam tu mesti tidak akan lupa kejadian lawak sedih yang menimpa aku.Kadang-kadang aku rasa macam nak gelak je terkenang peristiwa malam tu, tapi bila aku pandang pada benda tu yang sentiasa di depan mata, rasa macam nak menangis pun ada. Tapi, tidak la sampai menangis, cuma sedih sikit je...

Malam kejadian merupakan malam terakhir function kelas aku, (konon2 la). Padahal lepas-lepas ni mesti ada lagi function yang akan dianjurkan oleh ajk-ajk kelas. maklum la, dah semester akhir la katakan. Malam tu, rakan blok aku ditugaskan oleh rakan-rakan ajk-ajk untuk buat air, sudah disahkan dalam meeting..(huhu siap ada meeting). Masa dalam meeting aku dah bagi macam-macam alasan hendak mengelak dari kena buat air.Tapi, ajk-ajk ni tidak percaya pulak dengan alasan yang diberikan rakan dalam pakatan blok kami.Semua sudah boleh baca taktik kami, maklumlah sudah 3 tahun bersama.Semua sudah kenal hati budi masing-masing.

Yang pasti malam tu, berpunca dengan air yang hendah dibancuh itu lah yang membawa kepada kemusnahan gadget aku yang banyak membantu aku menghilangkan kebosanan di samping menjadi alat perhubungan aku.Sebut pasal perhubungan mesti orang sudah boleh agak apa benda yang dimaksudkan.Apa lagi kalau bukan telefon bimbit aku yang selalu mengiringi aku ke mana sahaja aku pergi.Telefon bimbit aku bukan la canggih sangat, tapi kalau hendak dibandingkan dengan telefon bimbit yang popular suatu masa dahulu,nokia 3310, aku rasa aku punya aku lagi canggih la.

Hendak dijadikan cerita malam tu, dalam kegelapan malam, semasa kami beberapa orang rakan sedang bancuh air, ada pulak beberapa orang komen yang air yang dibancuh tak berapa merah,macam mana nak merah guna sirap "cap ayam". Maka, ada lah seorang rakan keluarkan telefon bimbit, hendak suluh air supaya dapat tengok warna air tu. Tapi aku tengok cahaya telefon bimbit dia macam tidak memberi apa-apa makna pun. Aku pun terus keluarkan gadget aku untuk suluh air yang sedang dibancuh,tiba-tiba sahaja...........(tidak melebihi 100 patah pekataan)


Bantuan Kecemasan

Siap guna hair dryer lagi...

Tuesday, October 28, 2008

Minyak Patut RM1.60 - Pakar

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN dan SAIFUL AFFENDY SARPAN
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kerajaan wajar menurunkan harga petrol kepada RM1.60 seliter memandangkan harga pasaran minyak mentah dunia merudum sehingga ke paras AS$60 (RM210) setong.

Pengerusi Pusat Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor berkata, harga itu berdasarkan perbandingan ketika harga petrol dijual RM1.92 seliter dalam keadaan harga pasaran dunia sekitar AS$70 setong.

Bagaimanapun katanya, harga minyak dunia dijangka berlegar sekitar paras AS$90 setong beberapa bulan akan datang ekoran Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) mengurangkan pengeluaran.

"Saya jangkakan harga minyak boleh diturunkan di bawah RM2 iaitu antara RM1.60 hingga RM2 dengan melihat keadaan ekonomi negara ketika ini.

"Jika harga minyak turun, pengguna akan berbelanja lebih, tetapi harga barangan mungkin tak turun sebab pesaing kurang.

"Contohnya pembekal makanan ayam hanya ada beberapa sahaja di negara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang trend penurunan harga minyak dunia ketika ini yang merudum dan dikatakan akan mencecah sehingga ke paras AS$60 setong.

Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman pula berkata, harga petrol boleh diturunkan kepada RM2.15 seliter tetapi tidak di bawah RM2.

Ini kerana katanya, walaupun harga minyak dunia mengalami penurunan sehingga paras AS$60 setong, ia juga akan memberi impak kepada pendapatan negara.

Thursday, October 23, 2008

RHEOLOGY OF UNMODIFIED AND MODIFIED BINDER DUE TO AGING

RHEOLOGY OF UNMODIFIED AND MODIFIED BINDER DUE TO AGING

Muhammad Husni Bin Muhammad

Bachelor Student, Faculty of Civil Engineering, Universiti Teknologi Malaysia

Abstract: Rheology of bitumen is a constituent considered in bitumen physical properties to assess the deformation and flow of bitumen. Deformation and flow of the bitumen in hot mix asphalt (HMA) is important to determine the performance of HMA pavement. HMA pavement that deformed and flow too much may be susceptible to rutting and bleeding, while those that are too stiff may be susceptible to fatigue or thermal cracking. All this problem may happens during the service life of bitumen. The purpose of this research is to find the difference of reology that occur to bitumen in three main conditions which are fresh, after short term aging and after long term aging. This research involved two main laboratories experiment that are Rolling Thin Film Oven Test (RTFO) and Pressure Aging Vessel (PAV) besides three others tests, the Penetration Test, Softening Point Test and Viscosity Test. Four types of bitumen grade, 80/100, 60/70, PG76 and PG82 are compared. The result indicates that there is some changes in the rheological properties due to short and long term aging. Thus, the aging phases may affect the performance of HMA pavement.

Monday, October 6, 2008

Wednesday, September 24, 2008

BAlik Kampung..

Perkara paling gembira bagi anak-anak perantauan tentulah balik kampung. Ungkapan balik kampung kurang bermakna tanpa sebarang peristiwa yang bererti. Ketibaan Syawal yang bakal menjelma akan menggamit setiap insan bergelar anak perantau untuk menyahut seruan balik kampung.

Dalam merealisasikan impian balik kampung kita, medium utama yang tidak dapat dipisahkan adalah jalan raya. Jalan "raya" sudah mengungkap suatu yang bakal meriah semeriah hari raya. Dalam kemeriahan ini, lalulintas akan menjadi huru hara setibanya penghujung ramadhan. Tatkala itu, tiada guna lagi segala 'method' yang susah-susah dalam 'transport engineering'. Mana 'Fratar method', mana 'Detriot method' dan 'Frurness method' yang diagung-agungkan dalam menganalisis 'future travel demand'. Semuanya akan seolah-olah tidak berguna lagi untuk menghadapi krisis kesesakan jalan "raya".

Maka dua aspek penting yang selalu bermain di benak fikiran kita pada ketika itu ialah 'time' dan 'cost'. Mana tidaknya kalau hendak balik utara dari selatan makan masa 8-10jam. Itu kalau waktu tiada 'traffic jam', kalau tidak makan masa 10-12jam juga. Kos perjalanan memang sedikit letih dengan harga minyak yang mahal. Nasib baiklah kabinet turun harga minyak, boleh bernafas sedikit. Tapi masalahnya "sekupang je", 10sen kata orang utara. Kalau dinilai dari keadaan ekonomi sekarang, 10sen apa yang boleh dibeli. Kalau dahaga pun nak beli air dekat RnR pun tak boleh. Kalau beli air dekat mesin "RO water" mungkin boleh. Itu pun hanya 500ml..Kira boleh juga hilang dahaga tapi kena ada botol minuman terpakailah dulu.

Apa-apa pun kena terima jugalah, apa boleh buat sudah nasib badan. Tapi itu bukan perkara pokok dalam balik kampung. Yang utama adalah keselamatan kita di jalan "raya". Kata pepatah 'biar lambat, asal selamat' memang sesuai masa balik kampung ni, jangan lupa satu slogan ni, 'fikir dulu sebelum buang', faham-faham je lah..Yang penting 'ingat orang yang tersayang', mungkin cara ini boleh buat kita berhati-hati ketika memandu di jalan "raya".

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin...



Friday, September 5, 2008

Kaca atau Permata

Kaca atau Permata

ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.

Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.

Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa: 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.

Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya

Demi Masa

Masa yang diberikan Allah kepada kita sama semuanya, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. Tapi kadang-kadang 31 hari sebulan. Namun tidak semua orang yang merasa lapang dengan masa yang diberikan itu. Ada yang cukup, ada yang tidak. Ia berbeza-beza mengikut penggunaan masa sesesorang. Apabila masa yang diberikan dianggap tidak cukup, siapa yang harus dipersalahkan??(renung-renungkan)

Dalam hal ini, kita harus menilai sejauh mana kita memanfaatkan masa yang telah diperuntukkan. Kekadang yang dipersalahkan adalah orang lain yang menghalang pergerakan jadual kita, walhal kita yang asyik berlengah-lengah dengan masa kita. Sudah terdesak baru teringat masa lalu yang telah dibazirkan. Dikala itu, muncullah ungkapan, "andai dapat ku undurkan putaran dunia". Namun hakikatnya ia bukanlah seperti kita memutar jam di tangan. Itu bukan bidang kuasa kita. Hanya Allah yang berkuasa ke atasnya.

Namun kita mampu menjadikan diri kita berasa selesa dengan kurnian masa yang telah diberikanNya. sekiranya kita pandai menguruskan masa dengan mengelak diri dari bertangguh, maka masalah masa yang tidak cukup mungkin dapat dikurangkan dari kamus kehidupan kita. Kita selalu memikirkan esok masih ada, mingu depan masih ada, bulan depan masih ada dan macam-macam lagi yang ada walhal kita tidak tahu sejauh mana kemampuan kita ketika itu. Adakah ita masih punya kelapangan ketika itu atau sebaliknya.

Memahami akan hakikat inilah, Rasulullah SAW telah berpesan kepada kita seperti yang diceritakan oleh Abdullah bin Umar: “Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: “Hiduplah kamu di dunia ini seolah-olah kamu seorang perantau atau seorang musafir lalu.” Ibn Umar juga pernah berkata: “Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.” (Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu mari kita renungkan jadual harian kita. Adakah kita masih menanti hari esok untuk kerja hari ini atau menanti lusa untuk kerja esok. Jika ya bererti kita masih gagal dalam menguruskan jadual harian kita.

Tuesday, September 2, 2008

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Kembali Lagi

Setelah 11 bulan ramadhan meninggalkan kita, sekarang ia kembali menemui semua umat manusia di muka bumi ini. Kedatangan disambut tidaklah sehebat sambutan ambang kemerdekaan, namum ia membawa seribu satu kelebihan kepada manusia. namun tidak ramai yang mengejar kelebihan yang terdapat di dalamnya.

Walauapapun yang kita lakukan bagi menyambut kedatangannya, ia tetap dengan kelebihan yang ada padanya.Tanpa kemeriahan yang dirai, ia tetap terus membawa kemeriahan bagi meraka yang menantikannya. Kita sentiasa diingatkan setiap kali menjelangnya ramadhan bahawa terdapat tiga kelebihan bulan ramadhan.

Tiga fasa kelebihan yang diletakkan dalam bulan ramadhan:
  • Awal-rahmat
  • Pertengahan-pengampunan
  • Akhir-pembebasan dari api neraka.
Dalam mendapatkan tiga fasa yang dijanjikan Allah bukanlah mudah dan bukanlah susah untuk dikecapinya. Ia memerlukan sedikit pengorbanan untuk melaksanakan ibadat di malam hari. Akan tetapi bukan semua umat Islam yang mampu melaksanakannya. Mungkin ada yang memperolehi fasa pertama, mungkin fasa kedua dan mungkin fasa ketiga. Ada yang lebih bertuah, berjaya memperolehi ketiga-tiga fasa yang dijanjikan Allah. Mereka inilah orang yang beruntung di dunia dan akhirat.

Walaubagaimanapun terdapat terlalu sedikit yang mampu melaksanakan ibadat dimalam hari bagi mengecapi kelebihan berada di bulan yang disebut sebagai penghulu segala bulan. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha ke arah memperolehi kelebihan-kelebihan yang dijanjikan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

Petua Mencuci Hati

Oleh: Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Berikut adalah petua untuk memcuci hati:
  1. Dirikan solat dan banyakkanberdoa-ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih"
  2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan
  3. Solat taubat-selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda
  4. Membaca Al-Quran-selain daripada mencuci hati juda menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali
  5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari
  6. Bisikan pada diri perkara positif. jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.....(perkara elok2)
  7. Program minda/cuci minda-paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan di dalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hati aku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelumtidur dapat dirakam sepanjang tidur sehingga keesokan hari
  8. Berpuasa-sekiranya dalam berpuasa, terhindar daripada melakukan kejahatan
  9. Cuba ingat tentang mati (sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati pada bila-bila masa
  10. Kekalkan wuduk
  11. Bersedekah
  12. Belanja orang makan
  13. Jaga makanan-jangan makan makanan yang subhat (was-was kehalalannya)
  14. Berkawan dengan alim ulama
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  16. Pesan pada orang jadi baik.

Monday, August 11, 2008

Pasukan pilihan gah mara

Oleh Mohd Fadzrie Hazis, Rizar Mohd Noor, Azizan Hashim dan Kamudin Baharom mailto:Baharombhsukan@bharian.com.my


SEKAT: Pemain Kedah, Shafizan Hashim (kanan) menghalang kemaraan penyerang Perak, Carlos Arturo Caceres pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi. Kedah menang 2-0 dan layak ke separuh akhir dengan agregat 5-0. - Foto Muhaizan Yahya

Kedah, Selangor, Terengganu dan Johor FC melangkah ke separuh akhir

JUARA bertahan, Kedah akan bertemu Johor FC manakala Terengganu berdepan Selangor dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas semua mengatasi lawan masing-masing di suku akhir kedua, malam tadi. Di Stadium Perak, jaringan Mohd Fadzly Baharom dan Khyril Muhymeen Zambri memastikan Hijau Kuning di landasan tepat mengulangi tiga kejuaraan apabila mengatasi Perak, 2-0 untuk mara dengan agregat 5-0.

Barisan Mohd Azraai Khor Abdullah akan berdepan Johor FC apabila barisan Ramlan Rashid menyingkirkan UPB-MyTeam 5-1 selepas permainan tambahan masa untuk kemenangan agregat 6-4. Selangor turut bernasib baik menempah tempat ke separuh akhir menerusi peraturan jaringan tempat lawan walaupun seri 3-3 bertemu Polis di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan dua sepakan penalti Frank Seator termasuk satu jaringan empat minit sebelum tamat menghidupkan kempen Merah Kuning. Terengganu turut melangkah ke separuh akhir selepas berhempas pulas menyingkirkan Perlis menerusi penentuan penalti 7-6 selepas permainan sebenar dan tambahan masa gagal menyaksikan sebarang jaringan di Stadium Utama Negeri di Kangar.

Dalam saingan di Stadium Perak, Fadzly mudah menolak masuk bola muntah selepas penjaga gol Perak, Hamsani Ahmad gagal menangkap kemas cubaan penyerang Perak pada minit ke-30 sebelum Khyril memastikan gol kedua. Di Stadium JCorp Pasir Gudang, dua jaringan Mohd Saiful Sabtu dan See Kok Luen masing-masing pada minit ke-110 dan 112 memastikan Johor FC mencatat kemenangan bergaya 5-1. Sekalipun tewas 1-3 dalam suku akhir pertama, Johor FC menjinakkan barisan Bojan Hodak menerusi jaringan kencang Gustavo Fuentes pada minit ke-18 dan dua gol pantas Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-54 dan 58 manakala Sasa Brenezacs mendapatkan gol tunggal MyTeam

Wednesday, August 6, 2008

Sekitar PSISenviro2008.














Peserta seminar dari Universiti Teknologi Malaysia.


Satu seminar alam sekitar peringkat kebangsaan yang pertama telah berlangsung pada 28-29 Julai yang lalu di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.Pembentangan pada seminar tersebut melibatkan beberapa wakil dari institusi pengajian tinggi awam tempatan.

Antara IPTA yang terlibat dalam pembentangan selama 2 hari berlangsungnya seminar tersebut adalah UTM, UIAM, UKM, UTHM dan PSIS.

Seminar dirasmikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg Dato' Hj Imran b. Idris.

Salam Perkenalan

Salam perkenalan buat pelawat blog MEMPELAM Village yang dihormati. Pelawat boleh memberikan sebarang komen atau cadangan berkaitan apa-apa isu yang berbangkit.