Wednesday, September 24, 2008

BAlik Kampung..

Perkara paling gembira bagi anak-anak perantauan tentulah balik kampung. Ungkapan balik kampung kurang bermakna tanpa sebarang peristiwa yang bererti. Ketibaan Syawal yang bakal menjelma akan menggamit setiap insan bergelar anak perantau untuk menyahut seruan balik kampung.

Dalam merealisasikan impian balik kampung kita, medium utama yang tidak dapat dipisahkan adalah jalan raya. Jalan "raya" sudah mengungkap suatu yang bakal meriah semeriah hari raya. Dalam kemeriahan ini, lalulintas akan menjadi huru hara setibanya penghujung ramadhan. Tatkala itu, tiada guna lagi segala 'method' yang susah-susah dalam 'transport engineering'. Mana 'Fratar method', mana 'Detriot method' dan 'Frurness method' yang diagung-agungkan dalam menganalisis 'future travel demand'. Semuanya akan seolah-olah tidak berguna lagi untuk menghadapi krisis kesesakan jalan "raya".

Maka dua aspek penting yang selalu bermain di benak fikiran kita pada ketika itu ialah 'time' dan 'cost'. Mana tidaknya kalau hendak balik utara dari selatan makan masa 8-10jam. Itu kalau waktu tiada 'traffic jam', kalau tidak makan masa 10-12jam juga. Kos perjalanan memang sedikit letih dengan harga minyak yang mahal. Nasib baiklah kabinet turun harga minyak, boleh bernafas sedikit. Tapi masalahnya "sekupang je", 10sen kata orang utara. Kalau dinilai dari keadaan ekonomi sekarang, 10sen apa yang boleh dibeli. Kalau dahaga pun nak beli air dekat RnR pun tak boleh. Kalau beli air dekat mesin "RO water" mungkin boleh. Itu pun hanya 500ml..Kira boleh juga hilang dahaga tapi kena ada botol minuman terpakailah dulu.

Apa-apa pun kena terima jugalah, apa boleh buat sudah nasib badan. Tapi itu bukan perkara pokok dalam balik kampung. Yang utama adalah keselamatan kita di jalan "raya". Kata pepatah 'biar lambat, asal selamat' memang sesuai masa balik kampung ni, jangan lupa satu slogan ni, 'fikir dulu sebelum buang', faham-faham je lah..Yang penting 'ingat orang yang tersayang', mungkin cara ini boleh buat kita berhati-hati ketika memandu di jalan "raya".

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin...



Friday, September 5, 2008

Kaca atau Permata

Kaca atau Permata

ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.

Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.

Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa: 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.

Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya

Demi Masa

Masa yang diberikan Allah kepada kita sama semuanya, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. Tapi kadang-kadang 31 hari sebulan. Namun tidak semua orang yang merasa lapang dengan masa yang diberikan itu. Ada yang cukup, ada yang tidak. Ia berbeza-beza mengikut penggunaan masa sesesorang. Apabila masa yang diberikan dianggap tidak cukup, siapa yang harus dipersalahkan??(renung-renungkan)

Dalam hal ini, kita harus menilai sejauh mana kita memanfaatkan masa yang telah diperuntukkan. Kekadang yang dipersalahkan adalah orang lain yang menghalang pergerakan jadual kita, walhal kita yang asyik berlengah-lengah dengan masa kita. Sudah terdesak baru teringat masa lalu yang telah dibazirkan. Dikala itu, muncullah ungkapan, "andai dapat ku undurkan putaran dunia". Namun hakikatnya ia bukanlah seperti kita memutar jam di tangan. Itu bukan bidang kuasa kita. Hanya Allah yang berkuasa ke atasnya.

Namun kita mampu menjadikan diri kita berasa selesa dengan kurnian masa yang telah diberikanNya. sekiranya kita pandai menguruskan masa dengan mengelak diri dari bertangguh, maka masalah masa yang tidak cukup mungkin dapat dikurangkan dari kamus kehidupan kita. Kita selalu memikirkan esok masih ada, mingu depan masih ada, bulan depan masih ada dan macam-macam lagi yang ada walhal kita tidak tahu sejauh mana kemampuan kita ketika itu. Adakah ita masih punya kelapangan ketika itu atau sebaliknya.

Memahami akan hakikat inilah, Rasulullah SAW telah berpesan kepada kita seperti yang diceritakan oleh Abdullah bin Umar: “Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: “Hiduplah kamu di dunia ini seolah-olah kamu seorang perantau atau seorang musafir lalu.” Ibn Umar juga pernah berkata: “Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.” (Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu mari kita renungkan jadual harian kita. Adakah kita masih menanti hari esok untuk kerja hari ini atau menanti lusa untuk kerja esok. Jika ya bererti kita masih gagal dalam menguruskan jadual harian kita.

Tuesday, September 2, 2008

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Kembali Lagi

Setelah 11 bulan ramadhan meninggalkan kita, sekarang ia kembali menemui semua umat manusia di muka bumi ini. Kedatangan disambut tidaklah sehebat sambutan ambang kemerdekaan, namum ia membawa seribu satu kelebihan kepada manusia. namun tidak ramai yang mengejar kelebihan yang terdapat di dalamnya.

Walauapapun yang kita lakukan bagi menyambut kedatangannya, ia tetap dengan kelebihan yang ada padanya.Tanpa kemeriahan yang dirai, ia tetap terus membawa kemeriahan bagi meraka yang menantikannya. Kita sentiasa diingatkan setiap kali menjelangnya ramadhan bahawa terdapat tiga kelebihan bulan ramadhan.

Tiga fasa kelebihan yang diletakkan dalam bulan ramadhan:
  • Awal-rahmat
  • Pertengahan-pengampunan
  • Akhir-pembebasan dari api neraka.
Dalam mendapatkan tiga fasa yang dijanjikan Allah bukanlah mudah dan bukanlah susah untuk dikecapinya. Ia memerlukan sedikit pengorbanan untuk melaksanakan ibadat di malam hari. Akan tetapi bukan semua umat Islam yang mampu melaksanakannya. Mungkin ada yang memperolehi fasa pertama, mungkin fasa kedua dan mungkin fasa ketiga. Ada yang lebih bertuah, berjaya memperolehi ketiga-tiga fasa yang dijanjikan Allah. Mereka inilah orang yang beruntung di dunia dan akhirat.

Walaubagaimanapun terdapat terlalu sedikit yang mampu melaksanakan ibadat dimalam hari bagi mengecapi kelebihan berada di bulan yang disebut sebagai penghulu segala bulan. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha ke arah memperolehi kelebihan-kelebihan yang dijanjikan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

Petua Mencuci Hati

Oleh: Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Berikut adalah petua untuk memcuci hati:
  1. Dirikan solat dan banyakkanberdoa-ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih"
  2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan
  3. Solat taubat-selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda
  4. Membaca Al-Quran-selain daripada mencuci hati juda menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali
  5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari
  6. Bisikan pada diri perkara positif. jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.....(perkara elok2)
  7. Program minda/cuci minda-paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan di dalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hati aku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelumtidur dapat dirakam sepanjang tidur sehingga keesokan hari
  8. Berpuasa-sekiranya dalam berpuasa, terhindar daripada melakukan kejahatan
  9. Cuba ingat tentang mati (sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati pada bila-bila masa
  10. Kekalkan wuduk
  11. Bersedekah
  12. Belanja orang makan
  13. Jaga makanan-jangan makan makanan yang subhat (was-was kehalalannya)
  14. Berkawan dengan alim ulama
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  16. Pesan pada orang jadi baik.