.
Umum mengetahui bahawa harga minyak pada ketika ini adalah RM2.15 untuk petrol RON97 manakala RM2.05 bagi petrol RON92. Inilah harga terakhir yang diumumkan kerajaan pada 1 November 2008 lalu selepas menyaksikan beberapa siri penurunan secara berperingkat.
Walaubagaimanapun lain pula yang terjadi di salah sebuah stesen minyak di Taman Universti, Skudai, Johor. Harganya hampir mencecah harga asal kenaikan petrol pada 4 Jun 2008 iaitu RM2.70. Apakah harga ini disebabkan kesilapan meter ataupun disengajakan pengusaha stesen minyak bagi mengaut keuntungan yang tidak sepatutnya.
Persoalan ini perlu dijawab segera bagi mengelak berlaku kejadian seumpama ini yang mana ia akan menimbulkan prasangka buruk pengguna terhadap harga petrol semasa sekaligus akan mengheret kepada hilangnya kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Hal ini mungkin remeh bagi sesetengah pihak yang menganggap ia sebagai kesilapan teknikal yang mungkin tidak disengajakan. Sebaliknya, kesan perkara seumpama ini akan meragut kepercayaan pengguna kepada pengusaha stesen minyak yang lain.
Jangan kita melihat ia sebagai suatu jenaka di senja hari ataupun bualan kosong di warung-warung. Ia sebanar menunjukkkan kelemahan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam melakukan pemantauan terhadap operasi stesen minyak.
KPDNHEP sentiasa menjaga kebajikan pengusaha stesen minyak dengan melaksanakan penurunan harga minyak secara berperingkat bagi mengelak kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha.Sebaliknya ia dibalas dengan memburukkan nama baik KPDNHEP. Jika benar kejadian yang berlaku disengajakan, ia dilihat seolah-oleh mereka “memalit arang di muka” pihak KPDNHEP.
Diharap hal ini akan dijadikan suatu peringatan kepada pengusaha stesen minyak di seluruh negara bagi memastikan kredibiliti mereka tidak tercalar.
Note: Kejadian berlaku kepada penulis semasa mengisi petrol pada 15 November 2008 sekitar jam 11.45 malam.