Saturday, August 29, 2009

Indahnya Merdeka Bersama Ramadhan

Alhamdulillah, buat pertama kalinya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan di rumah bersama keluarga.Terasa seperti mengecapi suatu nikmat yang indah apabila dapat melupakan sejenak beban kerja.Berpuasa tanpa kerja bagai makan tanpa perlu bayar(makan free la).

Lagi indah apabila dapat bertadarus beramai-ramai di kampung.Seperti dapat merasa kenikmatan sebenar Ramadhan Al-Mubarak.Semua ini dapat dirasai kebetulan sambutan perayaan hari kemerdekaan yang bakal tiba pada 31 Ogos ni.

Dengan ketibaan hari kemerdekaan yang akan disambut dua hari lagi, ingin saya laungkan sorakan merdeka bersama seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara."Merdeka,Merdeka,Merdeka".Terasa seolah-olah berada bersama Al-Marhum Tunku pada tahun 1957 bersama-sama melaungkan kalimah keramat merdeka.

Bersempena dengan bulan ramadhan dan bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama berusaha memerdekakan diri kita dari menjadi hamba hawa nafsu.Mudah-mudahan kita dapat menjadi insan yang hidup berteraskan akal fikiran bukannya nafsu serakah.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52....

No comments: