Friday, November 20, 2009

Durian Runtuh Rakyat Kota Seputeh

Umum mengetahui bahawa satu daripada 36 kerusi dari Dewan Undangan Negeri Kedah telah diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kula Lumpur pada 16 November yang lalu.Dilihat kepada situasi sekarang, pengosongan itu mungkin terisi dengan beberapa kemungkinan.

Pertamanya, pengisian semula kerusi tersebut mungkin akan dikembalikan kepada Dato' Abu Hasan Sarif yang dihukum kerana gagal hadir persidangan DUN tanpa pengetahuan speaker DUN pada dua persidangan yang lalu.Perkara ini mungkin terjadi sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan Dato' Abu Hasan kembali menjalankan tugasnya sebagai ADUN Kota Seputeh.

Kemungkinan yang manarik dan mungkin ditunggu oleh rakyat kawasan tersebut adalah keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan dan seterusnya membawa kepada satu Pilihan Raya Kecil untuk kawasan tersebut.Jika ini berlaku, sudah pasti rakyat di kawasan Kota Seputeh adalah mendapat durian runtuh dari segi pembangunan bersesuaian dengan namanya sebagai sebuah Kota.

Walauapapun yang akan berlaku, kita mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada setiap keputusan yang bakal dibuat oleh pihak yang terlibat bagi memberi keadilan kepada semua pihak samaada rakyat mahupun wakil rakyatnya.

Semoga dengan kejadian yang berlaku ini dapat memberi pengajaran kepada semua wakil rakyat supaya lebih bertanggungjawab kepada amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

No comments: